Wednesday, August 09, 2006

subaru impreza WRX Sti


SUBARU IMPREZA WRX STI 2006

Subaru impreza telah melancarkan model popular Impreza yang terbaru sebagai penyediaan pasaran bagi tahun 2006. Selain dari ciri luaran yang baru, sistem pacuan yang dikenali sebagai Symmetrical All-Whell Drive juga telah dipertingkatkan pada model WRX Sti yang mempunyai kuasa 300 bhp dengan enjin boxer yang berkapasiti 2500cc. Sistem pacuan Symmetrical All-Whell Drive adalah kelengkapan asal pada model terbaru ini dan mampu memberi cengkaman dan pengendalian kereta yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kereta pacuan hadapan ataupun belakang.
Siri model Impreza telah diubah reka bentuk sebagai menggambarkan lambang korporat mereka yang terbaru bagi seluruh model Subaru pada tahun 2006. Di sini anda boleh lihat lambang mereka yang terbaru di bahagian grill hadapan yang mempunyai tiga bahagian yang diinspirasikan dari syarikat pembuat kapal terbang mereka. Lampu hadapan juga telah ditukar dimana ia kelihatan lebih teguh dan digelapkan sedikit. Cuma model Impreza sedan sahaja mempunyai fender yang lebih lebar dan model stationwagon akan mempunyai fender yang berbeza sedikit. Bahagian lain yang telah diubah ialah pada bahagian belakang dimana kesemua model Impreza 2006 mempunyai lampu belakang yang terbaru.
Impreza WRX STI sekarang menpunyai kuasa 300 bhp dan ini telah diselaraskan dengan sistem pacuan yang lebih bagus untuk 2006. Dengn kuasa setinggi ini, ia sudah cukup untuk membuatkan peronda polis trafik yang hanya menggunakan kereta Proton Waja untuk berfikir lima enam kali untuk mengejar sekiranya ia melebihi had laju kebangsaan!. Pengedaran kuasa ke setiap roda Impreza ini dikawal oleh sistem Driver Controlled Center Differential (DCCD) dan nisbah kuasa pacuan roda sekarang adalah 41:59 daripada 35:65 sebelum ini. (Peratusan Kuasa Pacuan = Hadapan:Belakang)
Sistem ini menggunakan sistem mekanikal berbanding dengan sistem hidraulik pada sebelumnya dan boleh dilaras oleh pemandu dengan hanya menukar setting yang mempunyai punat di atas roda stering.
Di bahagian luaran, Impreza WRX STI baru ini juga mempunyai spoiler baru di atas bumbung belakang yang sama digunakan pada kereta Rally mereka bertujuan untuk menstabilkan kereta apabila berada pada kelajuan yang maksimum. Selain itu di bahagian belakang juga terdapat diffuser dibawah bumper dan skirting tepi yang baru. Scoop yang kebiasaannya terdapat pada model Impreza kali ini telah direndahkan untuk memberi penglihatan yang lebih jelas bagi pemandu. Walaupun ia lebih rendah disebabkan rekabentuk bahagian hadapan yang baru, pengaliran udara ke intercooler masih lagi tinggi.

1 Comments:

Blogger JoETOsZ said...

aku cadangkan ko join bard nyer program masa konvo ni...dia kan pengarah convo car saloon..wakaakaka

2:23 PM  

Post a Comment

<< Home