Wednesday, August 09, 2006

mitsubishi evolution IX

Evolution IX digunakan Mitsubishi untuk meneruskan kemasyuran dan kegemilangan siri Evolution berkod 4G63T twin scroll turbo 4 silinder sebaris yang berkapasiti 1997cc. Enjin siri 4G63T membuat kemunculan pertama untuk Mitsubishi Galant VR-4 pada tahun 1987. Sebagaimana kereta, enjin itu juga melalui proses perkembangan sejak diperkenalkan melalui siri Evolution dan kebolehan enjin itu disusun semula dengan teratur untuk Evolution I hingga Evolution VII. Lebih tork pada kelajuan rendah disepadankan dengan meningkatkan kuasa dengan meningkatkan tindak balas thorttle untuk kuasa maksima (top en power). Ianya sesuai untuk digunakan di jalan raya dan litar. Pembangunan penuh makna untuk model ini ialah pengenalan kepada Mitsubishi MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control System). Tidak dapat dijelaskan disini mengapa pihak Mitsubishi tidak lagi menggunakan enjin siri Evolution untuk Evolution IX,sebaliknya menggantikan enjin 4G63T kepada enjin MIVEC yang kebiasannya dikaitkan dengan Mitsubishi Mirage. MIVEC bermakna sistem injap boleh ubah secara berterusan yang disesuaikan dengan injap masuk mengikut kuasa dan kelajuan enjin. Semasa enjin berkelajuan tinggi, sistem tersebut meningkatkan penyaluran udara ke dalam enjin untuk memastikan ia beroperasi dengan lancar, (bahasa mudahnya untuk mengelakkan enjin sesak nafas / out of breath). Pada kelajuan enjin rendah pula, ia menstabilkan proses pembakaran, mengurangkan penggunaan bahan bakar dan juga pengeluaran asap dari ekzoz. Kesimpulannya, enjin tersebut menggabungkan peningkatan kuasa top-end dengan mengurangkan peningkatan penggunaan bahan bakar sebanyak 3%.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home