CRAZY FROG AXEL-F
Crazy Frog atau lebih senang digelar katak rempit di malaysia merupakan satu ikon yang tak perlu diperkenalkan lagi. Mungkin kalau ditanya budak yang berumur lima tahun pun akan tahu apa itu Crazy Frog dan lagu the Annoying Thing. Crazy Frog dicipta oleh Erik Wernquist atau lebih dikenali sebagai "Britt-Erik". Beliau telah dilahirkan pada 1977 di Lindigo berhampiran Stockholm. Beliau bermula dengan penglibatan bersama kumpulan teater Sagateatern.
Asal usul katak ini hanyalah sebagai muat turun nada dering "The Annoying Thing" iaitu sebuah animasi komputer yang dicipta oleh Erik. Animasi tersebut dicipta sebagai sokongan kepada kesan khas yang diterbitkan oleh Daniel Malmedahl semasa beliau sedang cuba meniru bunyi enjin dua lejang. Menariknya di sini Daniel mencipta bunyi tersebut pada tahun 1997 sewaktu beliau berumur 17 tahun (hebat mamat ni umur 17 tahun dah buat R&D). Daniel kemudiannya memuat naik bunyi ciptaannya ke internet dan telah berjaya menarik perhatian seorang penyelidik rancangan televisyen dari Sweden. Penyelidik tersebut telah meyakinkan Daniel untuk membuat persembahan bunyi tersebut secara lansung di udara. Selepas kemunculan Daniel, rakaman persembahan beliau mula muncul di pelbagai rangkaian website di bawah fail bernama "2TAKTARE.mp3. Pada tahun 2003 pula, sahabat Daniel iaitu Erik Wernquist telah berminat dengan kesan khas tersebut dan menggunakan idea Daniel untuk mencipta animasi 3D "The Annoying Thing". Erik menggunakan aplikasi Lightwave 3D untuk menghasilkan animasi tersebut dan kemudiannya memuat naik animasi tersebut dalam website beliau. Animasi tersebut meletup dan menjadi popular di internet. Watak seekor katak yang memakai helmet motosikal berwarna putih, jaket kulit serta goggle. Kalau diperhatikan watak katak ini dengan teliti, anak mata kanannya lebih besar daripada anak mata kiri. Katak ini tak perlu mengeluarkan suara tetapi hanya melakukan mimicry mengikut rentak dan lirik lagu "The Annoying Thing". Album Crazy frog yang bertajuk Crazy Frog Present Crazy Hits dilancarkan pada 25 Julai 2005. Bahkan, permainan Video Crazy Frog Racer juga telah dikeluarkan pada November 2005. Ianya merupakan permainan video untuk Sony Playstation II dan komputer. Crazy Frog juga telah menamatkan 'tour' mereka di Australia pada 7 Disember 2005 di Royal Children's Hospital, Melbourne. Uniknya, semua 'tour' mereka di Australia adalah percuma. Antem merupakan katak yang paling cute dan popular sepanjang tahun 2005, (lebih glamour dari katak pisang). Membuat katak memang dianggap kerja gila tetapi mencipta karektor katak seperti Crazy Frog akan membuatkan seseorang itu menjadi kaya. Kalau tak percaya tanyalah 'Britt-Erik'.......
"ding.. ding.."
-rocket-
