petrol or diesel??
Kenaikan harga minyak baru-baru ini telah menyebabkan sebahagian daripada kita terfikir akan penggunaan enjin diesel yang memang diakui penjimatan minyaknya berbanding enjin petrol. Sebagaimana yang diketahui enjin diesel amat jarang sekali digunakan sebagai penggerak kenderaan penumpang. Hal ini adalah disebabkan kebanyakan enjin diesel selalunya lebih berat berbanding enjin petrol yang mempunyai kadar sesaran yang sama. Ini kerana tahap nisbah mampatan enjin diesel lebih tinggi iaitu 20:1 berbanding enjin petrol yang nisbah mampatannya yang bermula dari 8:1 hingga 13:1. Kesemua komponen dalaman serta luaran enjin ini dibuat menggunakan bahan yang jauh lebih tahan supaya mempunyai tahap ketahanan yang tinggi terutamanya pada bahagian blok dan ini akan mengakibatkan kos penyelengaraan terhadap enjin diesel tinggi. Disebabkan enjin diesel mempunyai nisbah mampatan yang lebih tinggi, maka ia akan mampu menghasilkan kuasa maksimum tanpa perlu mencapai tahap RPM yang tinggi.
Walaupun enjin diesel mampu menghasilkan kuasa kilasan yang tinggi tetapi, kuasa kuda (HP) yang terhasil adalah rendah. Faktor ini menyebabkan kebanyakan enjin diesel mempunyai kelajuan dan kuasa pecutan yang kurang. Secara umumya enjin diesel mesti dipancitkan secara terus dan menghasilkan tekanan tekanan yang tinggi. Faktor ini menjadikan enjin diesel memerlukan kos yang agak tinggi untuk dikomersilkan pada masa lampau. Keburukan yang ada pada enjin disel ialah penghasilan asap dan berbau, ini akan menambah pencemaran udara dan bau.
Selain itu, enjin diesel agak susah untuk dihidupkan ketika coldstart pada waktu pagi, tambahan pula jika ia digunakan di negara yang beriklim sejuk. Enjin jenis ini juga menghasilkan bunyi yang agak kuat dan berlakunya gegaran ketika ia beroperasi. Mugkin disebabkan faktor-faktor inilah enjin diesel tidak dikomersilkan untuk kegunaan kenderaan harian.
Namun begitu, pada masa ini banyak pembaharuan yang dilakukan pengeluar - pengeluar enjin ke atas enjin disel baru keluaran mereka hinggakan sebilangan enjin diesel tersebut dapat mengatasi keupayaan dan prestasi enjin petrol. Kelebihan yang ada pada enjin diesel ini ialah ia lebih menjimatkan penggunaan bahan api dan jangka hayatnya yang lebih lama dan lebih tahan berbanding enjin petrol. Syarikat - syarikat yang mengeluarkan enjin diesel baru kebanyakannya telah berhaya mengatasi masalah seperti meminimumkan pengeluaran asap, mengurangkan bunyi bising geseran dan kekurangan lain yang biasa berlaku.
Contoh yang dapat kita lihat di negara kita ialah beberapa model kereta mewah seperti Merchedes Benz, BMW, dan Mitsubishi yang didatangkan dengan teknologi yang canggih dan terbaru yang berjaya menambat hati pengguna. Petrol atau diesel?? Jawapannya ada pada anda.
