Wednesday, August 09, 2006

mitsubishi evolution IX

Evolution IX digunakan Mitsubishi untuk meneruskan kemasyuran dan kegemilangan siri Evolution berkod 4G63T twin scroll turbo 4 silinder sebaris yang berkapasiti 1997cc. Enjin siri 4G63T membuat kemunculan pertama untuk Mitsubishi Galant VR-4 pada tahun 1987. Sebagaimana kereta, enjin itu juga melalui proses perkembangan sejak diperkenalkan melalui siri Evolution dan kebolehan enjin itu disusun semula dengan teratur untuk Evolution I hingga Evolution VII. Lebih tork pada kelajuan rendah disepadankan dengan meningkatkan kuasa dengan meningkatkan tindak balas thorttle untuk kuasa maksima (top en power). Ianya sesuai untuk digunakan di jalan raya dan litar. Pembangunan penuh makna untuk model ini ialah pengenalan kepada Mitsubishi MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control System). Tidak dapat dijelaskan disini mengapa pihak Mitsubishi tidak lagi menggunakan enjin siri Evolution untuk Evolution IX,sebaliknya menggantikan enjin 4G63T kepada enjin MIVEC yang kebiasannya dikaitkan dengan Mitsubishi Mirage. MIVEC bermakna sistem injap boleh ubah secara berterusan yang disesuaikan dengan injap masuk mengikut kuasa dan kelajuan enjin. Semasa enjin berkelajuan tinggi, sistem tersebut meningkatkan penyaluran udara ke dalam enjin untuk memastikan ia beroperasi dengan lancar, (bahasa mudahnya untuk mengelakkan enjin sesak nafas / out of breath). Pada kelajuan enjin rendah pula, ia menstabilkan proses pembakaran, mengurangkan penggunaan bahan bakar dan juga pengeluaran asap dari ekzoz. Kesimpulannya, enjin tersebut menggabungkan peningkatan kuasa top-end dengan mengurangkan peningkatan penggunaan bahan bakar sebanyak 3%.

subaru impreza WRX Sti


SUBARU IMPREZA WRX STI 2006

Subaru impreza telah melancarkan model popular Impreza yang terbaru sebagai penyediaan pasaran bagi tahun 2006. Selain dari ciri luaran yang baru, sistem pacuan yang dikenali sebagai Symmetrical All-Whell Drive juga telah dipertingkatkan pada model WRX Sti yang mempunyai kuasa 300 bhp dengan enjin boxer yang berkapasiti 2500cc. Sistem pacuan Symmetrical All-Whell Drive adalah kelengkapan asal pada model terbaru ini dan mampu memberi cengkaman dan pengendalian kereta yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kereta pacuan hadapan ataupun belakang.
Siri model Impreza telah diubah reka bentuk sebagai menggambarkan lambang korporat mereka yang terbaru bagi seluruh model Subaru pada tahun 2006. Di sini anda boleh lihat lambang mereka yang terbaru di bahagian grill hadapan yang mempunyai tiga bahagian yang diinspirasikan dari syarikat pembuat kapal terbang mereka. Lampu hadapan juga telah ditukar dimana ia kelihatan lebih teguh dan digelapkan sedikit. Cuma model Impreza sedan sahaja mempunyai fender yang lebih lebar dan model stationwagon akan mempunyai fender yang berbeza sedikit. Bahagian lain yang telah diubah ialah pada bahagian belakang dimana kesemua model Impreza 2006 mempunyai lampu belakang yang terbaru.
Impreza WRX STI sekarang menpunyai kuasa 300 bhp dan ini telah diselaraskan dengan sistem pacuan yang lebih bagus untuk 2006. Dengn kuasa setinggi ini, ia sudah cukup untuk membuatkan peronda polis trafik yang hanya menggunakan kereta Proton Waja untuk berfikir lima enam kali untuk mengejar sekiranya ia melebihi had laju kebangsaan!. Pengedaran kuasa ke setiap roda Impreza ini dikawal oleh sistem Driver Controlled Center Differential (DCCD) dan nisbah kuasa pacuan roda sekarang adalah 41:59 daripada 35:65 sebelum ini. (Peratusan Kuasa Pacuan = Hadapan:Belakang)
Sistem ini menggunakan sistem mekanikal berbanding dengan sistem hidraulik pada sebelumnya dan boleh dilaras oleh pemandu dengan hanya menukar setting yang mempunyai punat di atas roda stering.
Di bahagian luaran, Impreza WRX STI baru ini juga mempunyai spoiler baru di atas bumbung belakang yang sama digunakan pada kereta Rally mereka bertujuan untuk menstabilkan kereta apabila berada pada kelajuan yang maksimum. Selain itu di bahagian belakang juga terdapat diffuser dibawah bumper dan skirting tepi yang baru. Scoop yang kebiasaannya terdapat pada model Impreza kali ini telah direndahkan untuk memberi penglihatan yang lebih jelas bagi pemandu. Walaupun ia lebih rendah disebabkan rekabentuk bahagian hadapan yang baru, pengaliran udara ke intercooler masih lagi tinggi.

Friday, July 07, 2006

CRAZY FROG AXEL-F







Crazy Frog atau lebih senang digelar katak rempit di malaysia merupakan satu ikon yang tak perlu diperkenalkan lagi. Mungkin kalau ditanya budak yang berumur lima tahun pun akan tahu apa itu Crazy Frog dan lagu the Annoying Thing. Crazy Frog dicipta oleh Erik Wernquist atau lebih dikenali sebagai "Britt-Erik". Beliau telah dilahirkan pada 1977 di Lindigo berhampiran Stockholm. Beliau bermula dengan penglibatan bersama kumpulan teater Sagateatern.


Asal usul katak ini hanyalah sebagai muat turun nada dering "The Annoying Thing" iaitu sebuah animasi komputer yang dicipta oleh Erik. Animasi tersebut dicipta sebagai sokongan kepada kesan khas yang diterbitkan oleh Daniel Malmedahl semasa beliau sedang cuba meniru bunyi enjin dua lejang. Menariknya di sini Daniel mencipta bunyi tersebut pada tahun 1997 sewaktu beliau berumur 17 tahun (hebat mamat ni umur 17 tahun dah buat R&D). Daniel kemudiannya memuat naik bunyi ciptaannya ke internet dan telah berjaya menarik perhatian seorang penyelidik rancangan televisyen dari Sweden. Penyelidik tersebut telah meyakinkan Daniel untuk membuat persembahan bunyi tersebut secara lansung di udara. Selepas kemunculan Daniel, rakaman persembahan beliau mula muncul di pelbagai rangkaian website di bawah fail bernama "2TAKTARE.mp3. Pada tahun 2003 pula, sahabat Daniel iaitu Erik Wernquist telah berminat dengan kesan khas tersebut dan menggunakan idea Daniel untuk mencipta animasi 3D "The Annoying Thing". Erik menggunakan aplikasi Lightwave 3D untuk menghasilkan animasi tersebut dan kemudiannya memuat naik animasi tersebut dalam website beliau. Animasi tersebut meletup dan menjadi popular di internet. Watak seekor katak yang memakai helmet motosikal berwarna putih, jaket kulit serta goggle. Kalau diperhatikan watak katak ini dengan teliti, anak mata kanannya lebih besar daripada anak mata kiri. Katak ini tak perlu mengeluarkan suara tetapi hanya melakukan mimicry mengikut rentak dan lirik lagu "The Annoying Thing". Album Crazy frog yang bertajuk Crazy Frog Present Crazy Hits dilancarkan pada 25 Julai 2005. Bahkan, permainan Video Crazy Frog Racer juga telah dikeluarkan pada November 2005. Ianya merupakan permainan video untuk Sony Playstation II dan komputer. Crazy Frog juga telah menamatkan 'tour' mereka di Australia pada 7 Disember 2005 di Royal Children's Hospital, Melbourne. Uniknya, semua 'tour' mereka di Australia adalah percuma. Antem merupakan katak yang paling cute dan popular sepanjang tahun 2005, (lebih glamour dari katak pisang). Membuat katak memang dianggap kerja gila tetapi mencipta karektor katak seperti Crazy Frog akan membuatkan seseorang itu menjadi kaya. Kalau tak percaya tanyalah 'Britt-Erik'.......
"ding.. ding.."
-rocket-

Sunday, June 18, 2006

horse power



HORSE POWER

Horse Power ialah definisi ke atas kerja yang mampu dilakukan pada satu jangka masa. 1 Hp bersamaan dengan tahap kerja sebanyak 33,000 Ib.ft / min (ukuran kerja berat dalam paun), jarak kaki dan masa mengikut minit 1HP = 33,000 Ib.-ft / 1 minit.
Jika seseorang berjaya mengangkat berat sebanyak 33,000 paun, bergerak sepanjang 1 kaki pada jangka masa tertentu, seseorang itu berkemungkinan telah membuat satu kerja yang bersamaan dengan 1HP.

SEJARAH HP

HP diasaskan oleh James Watt pada tahun 1736. James Watt juga merupakan pencipta kepada enjin stim serta bertanggungjawab mengekalkan namanya dalam unit ukuran kuasa elektrik (Watt) dan kuasa penghasilan bunyi. Kaedah atau unit HP ini dicipta Watt bagi membantu penjualan enjin stim ciptaannya, dan sebagai ukuran untuk menilai kemampuan enjin ciptaan beliau. Enjin stim direka bertujuan menggantikan tempat yang selama ini ditugaskan kepada kuda-kuda yang juga merupakan sumber kuasa tunggal industri pada zaman itu.
Seekor kuda biasa yang telah disambungkan dengan roda pemangkin yang mampu menghasilkan tenaga kerja untuk mengisar jagung ataupun memotong kayu dengan berjalan dalam bulatan berdiameter 24 kaki. Watt membuat kiraan bahawa kuda tersebut telah menarik beban dengan 180 paun beratnya, tetapi cara Watt mendapat kiraan tersebut tidak diketahui. Beliau juga telah membuat pemerhatian bahawa kuda tersebut telah membuat 144 pusingan mengelilingi bulatan dalam sejam atau 2.4 pusingan seminit. Ini bermakna kuda tersebut telah bergerak pada kelajuan 180.96 kaki per minit. Watt telah membundarkan angka tersebut kepada kiraan 181 kaki per minit dan mendarabkannya dengan beban berat 180 paun yang telah ditarik oleh kuda tersebut (181x180) dan jawapannya 32580 ft-Ibs / min 33, 000 ft-Ibs / min iaitu jumlah angka penganggaran yang kita gunakan hari ini untuk mengukur kuasa kuda.
Jika dibandingkan dengan manusia, manusia yang normal dan sihat fizikal dan mental mampu menjana 0.1 HP. Walaupun standard untuk unit ukuran HP ini telah wujud hampir 200 tahun lalu, pihak pembuat dan pereka automotif telah muncul dengan idea-idea baru untuk pengukuran HP yang lebih tepat dan menepati ciri-ciri ciptaan yang baru. Pada era sekitar 60-an, pengeluar enjin dapat membuat bacaan kuasa enjin yang direka semakin meninggi tanpa komponen tambahan seperti alternator atau bendalir penyejuk.
Pada era awal 70-an pula, pihak SAE (Society of Automotive Engineer) iaitu salah satu perbadanan para jurutera telah melibatkan diri dengan menentukan satu tahap standard serta prosedur ujian yang konsisten dan tepat. Antara unit ukuran HP lain yang digunakan adalah IHP (Indicate Horse Power) iaitu unit ukuran berdasarkan tahap pengeluaran kasar pada enjin tanpa dicampurkan dengan tahap geseran komponen lain seperti bearing-bearing, geseran piston, sistem transmisi serta komponen dalaman enjin yang bergerak. Unit lain yang digunakan ialah BHP (Brake Horse Power). Ianya diukur berdasarkan mesin ukuran Dyno yang seakan-akan memberi rintangan terhadap berat keseluruhan kereta dan bacaan yang diperoleh adalah kuasa yang mampu dihasilkan setelah melalui rintangan tersebut. Selain itu unit WHP (Wheel Horse Power) turut digunakan. Bacaannya diperolehi setelah kesemua rintangan diambil kira dan unit kuasa ini adalah yang muktamad pada bacaan yang diperolehi dari roda kenderaan.

Thursday, May 25, 2006

petrol or diesel??


Kenaikan harga minyak baru-baru ini telah menyebabkan sebahagian daripada kita terfikir akan penggunaan enjin diesel yang memang diakui penjimatan minyaknya berbanding enjin petrol. Sebagaimana yang diketahui enjin diesel amat jarang sekali digunakan sebagai penggerak kenderaan penumpang. Hal ini adalah disebabkan kebanyakan enjin diesel selalunya lebih berat berbanding enjin petrol yang mempunyai kadar sesaran yang sama. Ini kerana tahap nisbah mampatan enjin diesel lebih tinggi iaitu 20:1 berbanding enjin petrol yang nisbah mampatannya yang bermula dari 8:1 hingga 13:1. Kesemua komponen dalaman serta luaran enjin ini dibuat menggunakan bahan yang jauh lebih tahan supaya mempunyai tahap ketahanan yang tinggi terutamanya pada bahagian blok dan ini akan mengakibatkan kos penyelengaraan terhadap enjin diesel tinggi. Disebabkan enjin diesel mempunyai nisbah mampatan yang lebih tinggi, maka ia akan mampu menghasilkan kuasa maksimum tanpa perlu mencapai tahap RPM yang tinggi.
Walaupun enjin diesel mampu menghasilkan kuasa kilasan yang tinggi tetapi, kuasa kuda (HP) yang terhasil adalah rendah. Faktor ini menyebabkan kebanyakan enjin diesel mempunyai kelajuan dan kuasa pecutan yang kurang. Secara umumya enjin diesel mesti dipancitkan secara terus dan menghasilkan tekanan tekanan yang tinggi. Faktor ini menjadikan enjin diesel memerlukan kos yang agak tinggi untuk dikomersilkan pada masa lampau. Keburukan yang ada pada enjin disel ialah penghasilan asap dan berbau, ini akan menambah pencemaran udara dan bau.
Selain itu, enjin diesel agak susah untuk dihidupkan ketika coldstart pada waktu pagi, tambahan pula jika ia digunakan di negara yang beriklim sejuk. Enjin jenis ini juga menghasilkan bunyi yang agak kuat dan berlakunya gegaran ketika ia beroperasi. Mugkin disebabkan faktor-faktor inilah enjin diesel tidak dikomersilkan untuk kegunaan kenderaan harian.
Namun begitu, pada masa ini banyak pembaharuan yang dilakukan pengeluar - pengeluar enjin ke atas enjin disel baru keluaran mereka hinggakan sebilangan enjin diesel tersebut dapat mengatasi keupayaan dan prestasi enjin petrol. Kelebihan yang ada pada enjin diesel ini ialah ia lebih menjimatkan penggunaan bahan api dan jangka hayatnya yang lebih lama dan lebih tahan berbanding enjin petrol. Syarikat - syarikat yang mengeluarkan enjin diesel baru kebanyakannya telah berhaya mengatasi masalah seperti meminimumkan pengeluaran asap, mengurangkan bunyi bising geseran dan kekurangan lain yang biasa berlaku.
Contoh yang dapat kita lihat di negara kita ialah beberapa model kereta mewah seperti Merchedes Benz, BMW, dan Mitsubishi yang didatangkan dengan teknologi yang canggih dan terbaru yang berjaya menambat hati pengguna. Petrol atau diesel?? Jawapannya ada pada anda.

Monday, April 03, 2006

harga minyak naik lagi







Kenaikan harga minyak baru-baru ini telah memberi impak yang besar kepada rakyat. Kenaikan ini amat dirasai terutamanya golongan yang sentiasa menggunakan kenderaan untuk bergerak. Syarikat kenderaan perdagangan dan syarikat pengangkutan awam juga terpaksa menerima hakikat kenaikan harga minyak ini. Maka tidak hairanlah akan berlakunya kenaikan harga bagi tiket bas dan tambang teksi selepas diumumkan kenaikan harga minyak. Pengguna juga akan mengalami kenaikan harga barang sebagaimana yang biasa berlaku apabila pengumuman kenaikan harga minyak dibuat...

hmmmmm..............

Kepada peminat kereta yang ingin membeli kereta mungkin anda akan berfikir dengan lebih panjang untuk memilih jenis kereta yang sesuai dan semestinya penjimatan minyak menjadi faktor utama dalam pembelian kereta. Namun bagi golongan yang meminati kuasa atau digelar "gila kuasa" terhadap enjin kereta mereka, kenaikan harga minyak bukanlah menjadi penghalang untuk mereka memenuhi impian tersebut. Ini kerana rocket juga termasuk dalam golongan ini. Variasi enjin dari jenama MITSUBISHI sering menjadi pilihan golongan ini untuk digantikan dengan enjin jenama PROTON yang sememangnya lembab itu. "Diulang enjin proton sememangnya lembab" Variasi enjin yang menggunakan kod 4G63T tidak kiralah di ambil dari generasi Galant ataupun Evolution sering menjadi buruan golongan ini. Bagi yang masih memikirkan tentang bajet sendiri dan mendengar kata Pak Lah kita supaya meminimumkan penggunaan minyak petrol agar generasi pelapis kita dapat mengenal minyak "made in malaysia" (hehehehe), maka enjin dari keluarga MIVEC sama ada yang biasa ataupun MIVEC MD menjadi pilihan. Ini kerana enjin ini sememangnya dicipta untuk meminimumkan penggunaan minyak, tetapi tidak meminggirkan aspek kuasa yang mampu dihasilkan. Enjin ciptaan MITSUBISHI ini mempunyai fungsi yang seakan sama dengan enjin V-TEC dari jenama HONDA.

Tindakan kerajaan menurunkan tarif cukai kenderaan baru-baru ini merupakan satu langkah yang baik. Penurunan harga bagi kereta buatan (PROTON dan PERODUA) membolehkan ramai rakyat memiliki kereta untuk kemudahan bersama. Namun kenderaan import buatan Asia turut termasuk dalam senarai penurunan tarif cukai tersebut malah lebih tinggi dari kereta tempatan. Ini bermakna harga kereta tersebut akan turut turun dan ini akan menambahkan persaingan kepada PROTON dan PERODUA. Perbezaan kualiti antara kereta tempatan dan kereta import sering menjadi perbualan dikalangan pemilik kereta tempatan sejak sekian lamanya. Oeh itu bagi merapatkan jurang persaingan dengan kereta dari luar sama ada yang siap pasang (CBU) atau yang dipasang di malaysia (CKD) PROTON dan PERODUA haruslah meningkatkan kualiti kenderaan keluaran mereka dan mengeluarkan model baru yang seiring dengan dunia automotif semasa...... continue...........

Saturday, April 01, 2006

rocket


kenapa dipanggil rocket???